Apabila anda membenarkan Google Photos berkongsi akses dengan apl galeri lalai peranti anda:
- Anda memberi Google Photos kebenaran untuk berkongsi maklumat akaun, seperti alamat e-mel anda dan status autosandar Google Photos daripada apl galeri lalai peranti anda.
- Anda boleh mengakses semua foto yang disandarkan pada Google Photos pada apl galeri lalai peranti anda.
Untuk menggunakan ciri ini, anda memerlukan:
- Peranti yang berfungsi dengan ciri ini. Beberapa jenama yang berikut boleh digunakan:
- Xiaomi
- Oppo
- OnePlus
- Realme
- Versi terkini apl Google Photos.
- Android 11 atau versi lebih baharu.
Anda mungkin melihat tetingkap timbul yang meminta kebenaran untuk apl galeri lalai peranti anda bagi mengakses Google Photos.
- Untuk memilih sama ada mahu memberikan akses atau tidak, ketik Jangan benarkan atau Benarkan.
- Untuk mengubah pilihan ini kemudian, akses tetapan Google Photos atau tetapan apl galeri lalai peranti anda.
Alih keluar akses kepada apl galeri lalai anda
Anda boleh menukar akses Google Photos kepada foto peranti anda pada bila-bila masa. Untuk mengalih keluar akses kepada apl galeri lalai peranti anda:
- Buka apl Google Photos
pada peranti Android anda.
- Log masuk ke Google Account anda.
- Pada bahagian atas sebelah kanan, ketik Gambar profil atau Parap anda.
- Ketik Tetapan Photos
Apl dan peranti
akses Google Photos.
- Ketik nama apl galeri lalai peranti.
- Ketik Alih keluar akses.
Benarkan akses kepada apl galeri lalai anda
Penting: Jika anda mahu apl galeri lalai anda mengakses data pengguna dalam Google Photos semula, anda perlu menggunakan apl galeri lalai peranti tersebut. Apl galeri lalai peranti anda mungkin memanggil ciri ini sebagai “penyegerakan awan” atau “sandaran awan”.
Anda perlu membenarkan akses kepada apl galeri lalai peranti anda dengan Google Photos sekali lagi, jika anda:
- Mengosongkan data apl Google Photos
- Menyahpasang apl Google Photos
- Menetapkan semula peranti anda
- Menggunakan peranti baharu
Untuk memberi Google Photos akses kepada apl galeri lalai peranti anda:
- Buka apl galeri lalai peranti pada peranti Android anda.
- Akses Tetapan.
- Untuk memberikan kebenaran kepada Google Photos bagi berkongsi data dengan apl galeri lalai peranti, ikut arahan pada skrin.
Petua: Apabila anda membenarkan apl galeri lalai peranti anda mengakses Google Photos, sebarang foto yang anda padamkan daripada apl galeri lalai peranti anda mungkin turut dipadamkan daripada Google Photos. Hal ini boleh berlaku walaupun foto telah disandarkan, bergantung pada apl galeri lalai peranti anda.
Alih keluar foto atau video daripada peranti anda
Anda boleh mengalih keluar foto atau video berasingan daripada apl galeri lalai peranti anda tanpa memadamkan salinan yang telah disandarkan dalam Google Photos:
- Buka apl Google Photos
pada peranti Android anda.
- Pilih foto atau video yang mahu anda alih keluar daripada apl galeri lalai peranti anda.
- Pada bahagian atas, ketik Lagi
Padamkan daripada peranti.
Petua: Untuk memadamkan semua foto atau video daripada apl galeri lalai anda tanpa memadamkan salinan yang telah disandarkan dalam Google Photos, gunakan ciri kosongkan ruang.Ketahui cara mengosongkan ruang pada peranti anda.
Cara Google Photos berfungsi dengan galeri lalai peranti anda
Sandarkan foto & video dengan Google Account berkaitApabila sandaran Google Photos dihidupkan, ciri ini akan menyandarkan foto daripada apl galeri anda. Google Account yang dikaitkan kepada apl galeri lalai peranti anda ialah akaun yang digunakan untuk menyandarkan foto. Untuk menukar akaun berkait, anda perlu menukar akaun sandaran Google Photos:
- Buka apl Google Photos
pada peranti Android anda.
- Log masuk ke Google Account anda.
- Pada bahagian atas, ketik Gambar profil atau Parap anda.
- Ketik tetapan Photos
Sandaran.
- Pada bahagian “Akaun & Storan”, ketik Gambar profil atau Parap anda.
- Pilih Google Account yang mahu anda sandarkan foto dan video.
Apabila sandaran Google Photos dimatikan, Google Account yang dikaitkan kepada apl telefon bagi telefon anda ialah akaun yang aktif apabila anda menghidupkan akses galeri. Untuk menukar akaun berkait:
- Buka apl Google Photos
pada peranti Android anda.
- Log masuk ke Google Account anda.
- Pada bahagian atas, ketik Gambar profil atau Parap anda.
- Ketik tetapan Photos
Apl & peranti
Akses Google Photos.
- Ketik nama apl galeri lalai peranti anda.
- Ketik Google Account berkait.
- Pilih Google Account yang mahu anda jadikan akaun berkait.
Apabila anda memadamkan atau memulihkan foto daripada photos.google.com atau peranti lain, foto tersebut mungkin tidak disegerakkan dengan apl galeri lalai pada peranti asal. Untuk menyelesaikan masalah tidak segerak:
- Buka apl Google Photos
pada peranti Android anda.
- Log masuk ke Google Account anda.
- Pada bahagian atas, ketik Gambar profil atau Parap anda.
- Ketik Semak perubahan yang tidak disegerakkan.
- Ikut arahan pada skrin.
Apabila anda membenarkan apl galeri lalai peranti anda mengakses Google Photos, sebarang foto yang anda padamkan daripada apl galeri lalai juga dipadamkan daripada Google Photos, walaupun foto tersebut telah disandarkan.
Petua: Untuk memadamkan foto atau video daripada apl galeri lalai anda tanpa memadamkan salinan yang telah disandarkan dalam Google Photos, gunakan ciri kosongkan ruang. Ketahui cara mengosongkan ruang pada peranti anda.
Jika anda mengedit foto pada photos.google.com atau peranti lain, perubahan mungkin tidak disegerakkan kepada peranti asal. Untuk menyelesaikan masalah tidak segerak:
- Buka apl Google Photos
pada peranti Android anda.
- Log masuk ke Google Account anda.
- Pada bahagian atas, ketik Gambar profil atau Parap anda.
- Ketik Semak perubahan yang tidak disegerakkan.
- Ikut arahan pada skrin.
Apabila anda mengedit foto pada apl galeri lalai peranti anda, apl Photos mungkin akan menyimpan salinan awan yang lama. Untuk jenis foto khas seperti potret, apl galeri lalai peranti mungkin menyimpan foto yang diedit, bukannya foto asal.
Apabila anda mengalihkan foto yang telah disandarkan kepada album peribadi atau tersembunyi dalam apl galeri lalai peranti anda, apl galeri akan memadamkan semua salinan pada telefon anda. Apl galeri juga akan cuba mengalih keluar salinan awan pada Google Photos.
Jika salinan awan pada Google Photos tidak dapat dipadamkan daripada Google Account, anda akan menerima mesej daripada apl galeri lalai peranti. Untuk mengalih keluar foto daripada Google Account anda secara manual:
- Buka apl Google Photos
pada peranti Android anda.
- Log masuk ke Google Account anda.
- Sentuh dan tahan foto atau video yang mahu anda alihkan kepada sampah.
- Petua: Anda boleh memilih berbilang item.
- Ketik Sampah
Alihkan kepada sampah.
Petua: Jika anda memadamkan foto atau video yang disandarkan pada Google Photos, foto atau video tersebut kekal dalam sampah anda selama 60 hari. Ketahui cara mengosongkan sampah anda.
Apabila terdapat berbilang salinan foto yang sama pada peranti anda, apl galeri lalai peranti akan menunjukkan semua salinan setempat pada telefon anda dalam tab semua foto. Apl Google Photos hanya menunjukkan satu salinan.
Apabila anda memadamkan foto pada apl Google Photos, Photos akan bertanya sama ada anda mahu mengalih keluar semua salinan setempat daripada peranti anda atau tidak. Jika anda memadamkan foto daripada apl galeri lalai peranti anda, apl galeri mungkin akan memadamkan salinan yang dipilih pada telefon anda dan pada Google Photos tetapi menyimpan salinan yang lain.
Penting: Album pada apl galeri lalai peranti anda tidak sama dengan album pada apl Google Photos anda.
Apabila anda menamakan semula album pada apl galeri lalai peranti anda, kemudian anda tidak dapat menemukan album tersebut pada apl Photos, anda mungkin dapat menemukan nama album terdahulu dalam folder peranti anda.
Jika anda memadamkan Google Photos atau mengosongkan data apl Google Photos, apl galeri lalai peranti anda tidak akan dapat mengakses apl Google Photos lagi. Jika anda belum menyelesaikan masalah tidak segerak yang disebabkan oleh pengeditan, pemadaman atau pemulihan foto daripada photos.google.com atau peranti lain, Google Photos mungkin akan memuat naik semula fail peranti asal daripada peranti anda semula selepas anda mengosongkan data apl Google Photos anda.
Sandarkan metadata album anda
Penting:
- Untuk menyandarkan data album anda daripada apl galeri lalai peranti anda, sandaran Google Photos perlu dihidupkan. Ketahui sandaran dengan lebih lanjut.
- Pada masa ini, sandaran data album pada Google Photos hanya tersedia pada peranti Vivo.
Jika anda membenarkan apl galeri lalai peranti anda mengakses Google Photos, data album anda disandarkan pada Google Photos. Pembuat peranti anda hanya boleh menyandarkan maklumat folder untuk fail yang telah disandarkan oleh Google Photos. Album daripada apl galeri lalai peranti anda tidak akan dipaparkan dalam Google Photos tetapi anda boleh:
- Menyegerakkan album anda pada peranti lain yang dibuat oleh syarikat yang sama.
- Memulihkan album dalam apl galeri lalai peranti anda.
Jika anda mempunyai peranti daripada syarikat yang berbeza, Google Photos akan menyimpan data album secara berasingan untuk setiap syarikat.
Petua: Jika album anda tidak disegerakkan dengan betul merentas peranti dengan pengilang yang sama, hubungi pengilang peranti anda.
Memadamkan metadata album anda
Anda boleh memadamkan data untuk setiap pengilang peranti secara berasingan. Tindakan ini tidak akan menjejaskan foto atau video anda.
- Lawati photos.google.com pada komputer anda.
- Pada bahagian atas, klik Tetapan
.
- Bersebelahan "Padamkan data album galeri lalai", klik Kembangkan
.
- Bersebelahan nama apl galeri lalai, klik Padamkan data album
Padamkan data.
Pastikan aktiviti peranti anda berterusan
Jika anda tidak menggunakan sebarang peranti daripada syarikat yang sama selama 6 bulan, data album anda mungkin akan dipadamkan daripada Google Photos. Sebelum perkara itu berlaku, anda akan:
- Menerima pemberitahuan e-mel.
- Anda akan dimaklumi sebulan sebelum data album anda layak untuk pemadaman.
- Mendapat peluang untuk menghentikan data album anda daripada dipadamkan.
- Untuk menghentikan tindakan ini, anda perlu menggunakan peranti dengan apl galeri lalai yang sama.
- Dapat memuat turun kandungan anda daripada perkhidmatan Google.
Petua: Jika data album anda dipadamkan, foto atau video anda tidak akan terjejas.
Selesaikan masalah yang berkaitan dengan foto anda
Cari foto yang hilang- Cari foto dan video yang hilang.
- Jika anda berpendapat bahawa foto anda hilang semasa pemindahan daripada apl galeri lalai peranti anda kepada Google Photos, hubungi pasukan sokongan apl galeri anda.
- Semak sama ada apl galeri lalai peranti anda masih dikaitkan dengan apl Photos atau tidak. Ketahui cara menghidupkan atau mematikan akses galeri lalai.
- Semak sama ada sandaran dihidupkan atau tidak. Semak juga akaun sandaran anda. Ketahui perihal penyandaran foto dan video dengan lebih lanjut.