Nota: Jika anda log masuk ke Fitbit dengan akaun Fitbit, Dasar Privasi Fitbit menyediakan butiran tentang cara Fitbit memproses data anda. Selepas 19 Mei 2026, anda tidak boleh mengakses Fitbit dengan akaun Fitbit anda lagi. Untuk terus menggunakan akaun anda, anda perlu mengalihkan akaun Fitbit anda kepada Google. Jika anda memilih untuk tidak mengalihkan akaun anda, anda masih boleh memuat turun atau memadamkan data anda pada bila-bila masa sebelum kami mula memproses pemadaman data pada 15 Julai 2026. Untuk mendapatkan maklumat tentang Dasar Privasi Fitbit Ace LTE, semak di sini.
Terakhir Diubah Suai: 19 Mei 2026
Untuk menggunakan Perkhidmatan Google Health, anda mestilah menerima (1) Syarat Perkhidmatan Google dan (2) Syarat Perkhidmatan Tambahan Google Health ini (“Syarat Tambahan”). “Perkhidmatan Google Health” merangkumi peranti Google dan Fitbit termasuk perisian tegar, aplikasi, perisian, laman web yang berkaitan yang beralamat http://google.com, API dan perkhidmatan yang berkaitan.
Sila baca setiap dokumen ini dengan teliti. Dokumen ini bersama-sama dikenali sebagai “Syarat”. Syarat ini menetapkan perkara yang boleh anda jangkakan daripada kami semasa anda menggunakan perkhidmatan kami dan perkara yang kami jangkakan daripada anda.
Kami juga menggalakkan anda membaca [Dasar Privasi kami] dan Soalan Lazim Google Health tentang Privasi ini untuk memahami dengan lebih baik cara anda boleh mengemaskinikan, mengurus, mengeksport dan memadamkan maklumat anda.
Menggunakan Perkhidmatan Google Health
Perkhidmatan Kami. Kami mereka bentuk produk dan alatan yang membantu anda mencapai matlamat kesihatan dan kecergasan anda serta memperkasakan dan memberi anda inspirasi untuk menjalani hidup yang lebih sihat dan aktif. Selepas mendaftar untuk Google Health menggunakan Google Account anda, anda akan diberi akses kepada Perkhidmatan Google Health.
Sambungan yang Dibenarkan. Anda hanya boleh menyambung kepada Perkhidmatan Google Health menggunakan (1) peranti yang dikilangkan, diedarkan atau dijual oleh kami atau melalui penjual semula kami yang diizinkan; (2) aplikasi dan perisian mudah alih atau WearOS kami, atau aplikasi pihak ketiga yang diluluskan, perisian pihak ketiga atau peranti pihak ketiga; atau (3) laman web kami (“Sambungan yang Dibenarkan”). Anda tidak boleh menyambung kepada Perkhidmatan Google Health dengan mana-mana peranti yang tidak dikilangkan, diedarkan atau dijual oleh kami atau melalui penjual semula kami yang dibenarkan (seperti versi peranti Google atau Fitbit tiruan atau palsu); yang bertujuan untuk menyerupai atau mengaku sebagai peranti Google atau Fitbit; atau mana-mana aplikasi atau sambungan pihak ketiga yang tidak dibenarkan. Jika anda mempunyai pertanyaan tentang sama ada peranti atau aplikasi layak sebagai Sambungan yang Dibenarkan atau tidak, sila hubungi Sokongan Pelanggan.
Peralatan yang Diperlukan. Penggunaan Perkhidmatan Google Health bergantung pada penggunaan peranti mudah alih, Fitbit OS atau Wear OS yang disokong (“Peranti yang Serasi”) seperti yang dinyatakan di sini dan akses Internet. Penyelenggaraan dan keselamatan Peranti Serasi anda boleh mempengaruhi prestasi Perkhidmatan Google Health dan anda bertanggungjawab untuk memastikan kefungsian Peranti Serasi anda. Anda bertanggungjawab terhadap semua caj akses Internet. Sila semak dengan penyedia Internet anda untuk mendapatkan maklumat tentang kemungkinan caj penggunaan data Internet.
Penggunaan Perkhidmatan Google Health atas Risiko Anda Sendiri.
“Kandungan Google Health” termasuk sebarang foto, imej, grafik, video, audio, data, teks, muzik, rejimen senaman, log makanan, resipi, ulasan, perisian, hasil kerja pengarang dalam apa-apa jenis, dan maklumat lain, kandungan, atau bahan lain yang disiarkan, dijana, diberikan, atau sebaliknya disediakan melalui Perkhidmatan Google Health. Jika anda bergantung pada mana-mana Kandungan Google Health atau Perkhidmatan Google Health, anda berbuat demikian atas risiko anda sendiri semata-mata.
Matlamat kami adalah untuk menyediakan maklumat yang berguna dan tepat pada Perkhidmatan Google Health tetapi kami tidak membuat sebarang pengendorsan, perwakilan atau jaminan tentang sebarang Kandungan, maklumat, atau perkhidmatan Google Health melainkan dinyatakan secara jelas dalam Syarat ini.
Jaminan berkanun.
Undang-undang yang bersesuaian di sesetengah bidang kuasa mungkin membayangkan waranti, syarat, atau jaminan atau mengenakan kewajipan yang memberi anda hak pengguna tertentu. Di sesetengah bidang kuasa, hak tersebut tidak boleh dihadkan oleh kontrak seperti Syarat ini. Syarat ini tidak bertujuan sama sekali untuk mengehadkan hak tersebut.
Had Perkhidmatan dan Pertimbangan Anda
Kami tidak bertanggungjawab terhadap ketepatan, keandalan, ketersediaan, keberkesanan, atau penggunaan maklumat yang betul yang anda terima melalui Perkhidmatan Google Health. Peta, arah, dan data GPS atau navigasi yang lain, termasuk data yang berkaitan dengan lokasi semasa anda, mungkin tidak tersedia, tidak tepat, atau tidak lengkap.
Penggunaan Perkhidmatan Google Health tidak seharusnya menggantikan pertimbangan yang baik dan akal budi anda. Sila baca dan patuhi semua notis keselamatan yang disertakan dengan penggunaan Perkhidmatan Google Health anda, termasuk notis keselamatan yang terdapat pada halaman Pemakaian dan Penjagaan kami.
Dapatkan Nasihat Doktor Anda Sebelum Menggunakan Perkhidmatan Google Health
Secara Umum: Perkhidmatan Google Health menawarkan maklumat kesihatan dan kesejahteraan serta direka bentuk untuk tujuan pendidikan dan maklumat sahaja. Ciri ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Jika anda mempunyai masalah kesihatan, rujuk penyedia penjagaan kesihatan anda sebelum menggunakan Perkhidmatan Google Health, melibatkan diri dalam program senaman, atau mengubah diet anda, termasuk sebarang rancangan atau cadangan yang dijana oleh Perkhidmatan Google Health. Jika anda mengalami kecemasan perubatan, hentikan penggunaan Perkhidmatan Google Health dan dapatkan nasihat daripada pakar perubatan. Melainkan disenaraikan secara khusus di sini, harap maklum bahawa peranti, perkhidmatan dan algoritma Google serta Fitbit belum diluluskan oleh mana-mana pihak berkuasa kesihatan untuk digunakan berkaitan dengan sebarang tujuan perubatan.
Perisian Peranti Perubatan yang Dikawal Selia: Algoritma yang disenaraikan di sini ialah perisian peranti perubatan yang dikawal selia yang telah disahkan secara klinikal dan diizinkan untuk digunakan di negara dan rantau terpilih. Sebarang laporan daripada perisian peranti perubatan yang dikawal selia Google Health hanya boleh digunakan menurut arahan penggunaan yang disertakan dengan perisian tersebut. Ciri ini tidak bertujuan untuk menggantikan perundingan dengan penyedia penjagaan kesihatan anda dan ciri ini tidak memberikan diagnosis bagi sebarang keadaan perubatan. Sebaliknya, laporan daripada ciri ini bertujuan sebagai maklumat untuk mendapatkan nasihat daripada penyedia penjagaan kesihatan anda yang kemudiannya boleh mendiagnosis dan merawat sebarang penyakit atau keadaan perubatan yang mungkin anda alami, dengan mengambil kira sejarah perubatan lengkap anda. Jika anda memberikan maklumat ini kepada penyedia penjagaan kesihatan anda, mereka boleh menggunakan maklumat ini, tetapi hanya mereka boleh mendiagnosis anda dengan penyakit atau keadaan perubatan. Anda bertanggungjawab untuk menyerahkan data perubatan anda kepada penyedia penjagaan kesihatan anda untuk analisis lanjut dan kemungkinan diagnosis. Jangan abaikan nasihat perubatan daripada penyedia penjagaan kesihatan anda atau bertangguh untuk mendapatkan nasihat tersebut berdasarkan maklumat yang diperoleh hasil daripada penggunaan ciri ini oleh anda.
Kandungan dan Syor Dijana AI: Sesetengah ciri Google Health menggunakan kecerdasan buatan, termasuk AI generatif, untuk menyediakan kandungan seperti pelan senaman, cerapan tidur atau syor lain (“Kandungan AI”). Ciri ini:
- mungkin tidak tersedia kepada semua pengguna atau di semua lokasi (ketahui lebih lanjut);
- adalah berdasarkan teknologi baharu dan mungkin mengandungi pengehadan
- mungkin tidak menggunakan profil kesihatan lengkap, sejarah atau data masa nyata anda semasa menjana syor.
Oleh yang demikian, Kandungan AI termasuk rancangan yang diperibadikan mungkin berdasarkan maklumat yang tidak lengkap dan mungkin tidak sesuai untuk anda. Anda menggunakan dan bergantung pada mana-mana Kandungan AI atas risiko anda sendiri.
Rekod Perubatan: Ketersediaan ciri ini berbeza-beza mengikut bidang kuasa. Bergantung pada penyedia penjagaan kesihatan anda, anda mungkin dapat menyegerakkan rekod perubatan dengan Google Account anda. Anda juga mungkin boleh memuat naik rekod perubatan individu secara manual dan jika tersedia, menyimpan serta melihat rekod anda pada pelayan Google yang selamat.
Penafian Penting: Perlu diingat bahawa sebarang rekod perubatan yang anda simpan dalam akaun anda bukan rekod perubatan rasmi anda dan mungkin tidak lengkap. Jika anda memerlukan rekod anda untuk mendapatkan penjagaan perubatan atau untuk tujuan rasmi (seperti sekolah atau kerja), sila minta rekod kesihatan asal anda terus daripada penyedia penjagaan kesihatan anda.
Penjagaan dan Keselamatan Produk: Sentuhan yang berpanjangan dengan peranti boleh dipakai boleh menyumbang kepada kerengsaan kulit atau alahan bagi sesetengah pengguna. Untuk mengurangkan kerengsaan, ikut empat petua pemakaian dan penjagaan yang mudah: (1) pastikan tali jam bersih, (2) pastikan tali jam kering, (3) jangan pakai tali jam terlalu ketat, dan (4) rehatkan pergelangan tangan anda dengan menanggalkan tali jam selama sejam selepas pemakaian yang lama. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.google.com/product-care. Jika anda mendapati sebarang kerengsaan kulit, kesakitan, kegatalan, kekebasan, kepanasan atau kekakuan pada tangan atau pergelangan tangan anda semasa atau selepas memakai produk, tanggalkan peranti anda dan sila hentikan penggunaan. Jika sebarang gejala berterusan lebih daripada 2-3 hari selepas menanggalkan peranti, dapatkan nasihat doktor anda.
Peranti Google dan Fitbit mengandungi ciri penjejakan kadar denyut jantung yang boleh menimbulkan risiko kepada pengguna yang mengalami masalah kesihatan tertentu. Dapatkan nasihat daripada doktor anda sebelum menggunakan produk sedemikian jika anda (1) mempunyai masalah kesihatan atau jantung, (2) mengambil sebarang ubat fotosensitif, (3) menghidap epilepsi atau sensitif terhadap lampu berkelip, (4) mengalami peredaran darah yang berkurangan atau mudah lebam, atau (5) menghidap tendonitis, sindrom terowong karpus, atau gangguan rangka otot yang lain.
Tanggungjawab Anda dan Perihal Kesihatan: Sebelum menggunakan sebarang Kandungan AI, termasuk menyertai sebarang program senaman yang ditawarkan melalui Perkhidmatan Google Health, termasuk Google Health Coach, anda memahami perkara yang berikut:
- Potensi Ketidaktepatan: Kandungan AI mungkin mengandungi ralat atau ketidaktepatan dan bukan pengganti untuk perundingan dengan pakar perubatan anda atau pakar penjagaan kesihatan, pemakanan atau kecergasan berkelayakan yang lain.
- Nasihat Penyedia Penjagaan Kesihatan adalah Utama: Jika terdapat sebarang percanggahan antara syor senaman Perkhidmatan Google Health, termasuk kandungan AI, dengan nasihat daripada penyedia penjagaan kesihatan anda, anda mestilah sentiasa mengikut panduan penyedia penjagaan kesihatan anda.
- Pelepasan Perubatan: Jika anda biasanya tidak aktif, mengalami kecederaan semasa, mempunyai tanda/gejala penyakit kardiovaskular, metabolik, atau buah pinggang yang diketahui, dan/atau tidak biasa melakukan aktiviti fizikal yang berat, anda perlu mendapatkan pelepasan perubatan sebelum menyertai sebarang program senaman atau mengikut syor lain daripada Kandungan AI dan Perkhidmatan Google Health.
- Ketahui Keadaan Badan Anda: Jika anda berasa sakit yang tidak dijangka, berulang atau berpanjangan, atau keletihan atau ketidakselesaan selepas menukar aktiviti fizikal anda, anda perlu mendapatkan nasihat penyedia penjagaan kesihatan sebelum meneruskan aktiviti.
Perkhidmatan Pihak Ketiga.
Perkhidmatan Google Health mungkin membolehkan anda mengakses, menggunakan atau berinteraksi secara terus dengan laman web, apl, kandungan, produk dan perkhidmatan pihak ketiga yang lain. Harap maklum bahawa apabila anda menggunakan perkhidmatan pihak ketiga, syarat dan dasar mereka sendiri, di samping Syarat, sebagaimana yang dikenakan, akan mengawal penggunaan anda terhadap perkhidmatan tersebut.
Perkhidmatan Berbayar.
Perihalan: Perkhidmatan Berbayar Google Health ialah perkhidmatan langganan seperti Google Health Premium dan Ace Pass yang boleh anda akses sebagai pertukaran untuk yuran (setiap satu “Perkhidmatan Berbayar”). Sesetengah ciri dan kandungan Perkhidmatan Berbayar tidak tersedia di semua negara atau kawasan atau dalam semua bahasa. Syarat dalam bahagian “Perkhidmatan Berbayar” ini dikenakan pada penggunaan Perkhidmatan Berbayar anda.
Penjual: Apabila anda membeli Ace Pass melalui Apl Fitbit Ace, bahagian 'Fitbit Ace LTE dan Ace Pass' dalam Syarat ini digunakan pada pengebilan, pembayaran, pembatalan, bayaran balik dan masalah serupa untuk Fitbit Ace LTE anda. Apabila anda membeli Perkhidmatan Berbayar yang berbeza, seperti Google Health Premium melalui gedung apl atau Google Store, anda memasuki kontrak berasingan dengan penjual yang dikenakan pada pengebilan, pembayaran, pembatalan, bayaran balik dan masalah yang serupa untuk Perkhidmatan Berbayar anda.
Memadamkan Google Account anda: Jika anda memilih untuk memadamkan Google Account anda, anda bersetuju bahawa anda mungkin kehilangan akses kepada Perkhidmatan Berbayar dengan serta-merta tanpa bayaran balik untuk baki tempoh. Jika anda memilih untuk mengekalkan Perkhidmatan Berbayar sepanjang baki tempoh pengebilan anda, sila batalkan langganan anda dengan mengikut langkah di sini untuk Ace Pass atau di sini untuk Google Health Premium dan bukannya memadamkan akaun anda.
Hak Menarik Diri: Jika anda pengguna yang berada di EEA atau UK, anda berhak membuat pembatalan dalam masa 14 hari selepas mendaftar atau meningkatkan keahlian Perkhidmatan Berbayar anda tanpa memberikan sebarang sebab. Jika anda pengguna yang berada di Korea Selatan, anda boleh menggunakan hak anda untuk membuat pembatalan dalam masa 7 hari selepas mendaftar, meningkatkan atau membaharui Perkhidmatan Berbayar anda, melainkan anda telah menggunakan perkhidmatan tersebut. Untuk menggunakan hak menarik diri, anda mestilah memaklumkan keputusan anda untuk menarik diri melalui pernyataan jelas kepada penyedia tempat anda melakukan pembelian.
Turun naik dan Gangguan: Untuk Perkhidmatan Berbayar yang merangkumi perkhidmatan kesambungan wayarles, peta liputan kami hanya menganggarkan kawasan liputan wayarles yang dijangkakan di luar bangunan dalam keadaan yang optimum. Kawasan perkhidmatan, liputan, kelajuan dan kualiti perkhidmatan sebenar mungkin berubah-ubah berdasarkan pelbagai faktor seperti kekuatan isyarat, kesesakan rangkaian atau had kapasiti, pengehadan perkakasan, cuaca dan sebarang faktor lain yang berada di luar kawalan kami. Gangguan perkhidmatan dan gendala dalam ketersediaan Perkhidmatan Berbayar mungkin berlaku dan penggunaan ciri mungkin terganggu atau gagal.
Ciri Perkhidmatan Berbayar yang bergantung pada maklumat lokasi mungkin bergantung pada liputan rangkaian dan mungkin bergantung pada keupayaan peranti anda untuk memperoleh isyarat satelit (biasanya tidak tersedia di dalam bangunan) atau tapak antena sel. Atas sebab itu, ketersediaan atau penggunaan ciri ini oleh anda mungkin terganggu. Apabila kami meningkatkan ciri, peta liputan mungkin berubah dari semasa ke semasa.
Penggunaan yang Boleh Diterima: Anda boleh menggunakan ciri Isyarat Keselamatan dan mengakses Ace Pass hanya seperti yang dibenarkan dan dengan cara yang mematuhi Syarat ini dan semua bahan yang disediakan kepada anda apabila anda menerima akses kepada Perkhidmatan Berbayar. Jika penggunaan anda berlebihan atau luar biasa tinggi, kami boleh mengehadkan, menggantung atau menghentikan penyediaan ciri Isyarat Keselamatan atau langganan Ace Pass tanpa notis kepada anda.
Isyarat Keselamatan: Jika anda mempunyai peranti Google Pixel Watch LTE yang bersesuaian dan belum mendayakan talian jam tangan 4G LTE, langganan Google Health Premium anda mungkin memberi anda akses kepada ciri wayarles tertentu, seperti Perkongsian Kecemasan, Pengesan Jatuh dan Pemeriksaan Keselamatan, dan anda mungkin dapat menghubungi perkhidmatan dan kenalan kecemasan (“Ciri Keselamatan”) walaupun telefon anda tidak berada berdekatan (“Isyarat Keselamatan”). Isyarat Keselamatan tidak bertujuan untuk digunakan sebagai perkhidmatan komunikasi wayarles tujuan umum. Ciri Keselamatan ini tidak bertujuan untuk bergantung sepenuhnya pada situasi yang memerlukan bantuan yang lebih segera atau berkesan dan boleh diperoleh. Maklumat tambahan tentang Isyarat Keselamatan, termasuk ketersediaan negara dan bahasa, boleh ditemukan di sini.
Fitbit Ace LTE dan Ace Pass (AS sahaja).
Perkhidmatan Ace Pass: Ace Pass ialah Perkhidmatan Berbayar yang digunakan dengan peranti Fitbit Ace LTE (ketahui lebih lanjut).
Ace Pass disediakan oleh penyedia perkhidmatan yang disenaraikan di sini. Apabila anda membeli Ace Pass, anda memasuki kontrak dengan penyedia perkhidmatan tersebut sebagai penjual.
Pengebilan dan Pembayaran: Langganan Ace Pass dibaharui secara automatik. Anda akan dicaj secara automatik setiap tempoh pengebilan sehingga anda membuat pembatalan. Kami mungkin menggunakan ahli gabungan untuk memproses pembayaran. Pembayaran yang anda buat untuk Ace Pass akan diambil oleh entiti pembayaran yang disenaraikan di sini. Untuk membeli Ace Pass, anda mestilah mempunyai akaun Google Payments dan bersetuju untuk menerima Syarat Perkhidmatan Google Payments.
Pembatalan dan Bayaran Balik: Anda boleh membatalkan Ace Pass anda seperti yang diterangkan dalam dasar Pembatalan dan Bayaran Balik Ace Pass. Jika anda membatalkan Ace Pass anda, anda akan mengekalkan akses kepada perkhidmatan Ace Pass sepanjang baki tempoh pengebilan semasa anda, melainkan anda mempunyai hak pembatalan atau penarikan diri yang lain seperti yang diterangkan dalam Dasar Pembatalan dan Bayaran Balik Ace Pass.
Perubahan pada Harga: Anda akan dicaj harga Ace Pass yang disenaraikan pada masa pembelian. Jika harga dinaikkan kemudian, kami akan memberitahu anda lebih awal melalui e-mel. Jika anda diberi notis sekurang-kurangnya 30 hari, kenaikan harga itu akan dikenakan pada tempoh berikutnya pembayaran perlu dibuat selepas pemberian notis itu. Jika anda diberi notis kurang daripada 30 hari, kenaikan harga tidak akan dikenakan sehingga pembaharuan berikutnya. Jika anda tidak mahu membayar harga yang dinaikkan untuk langganan, anda boleh membuat pembatalan sebelum kenaikan harga berkuat kuasa dengan mengikut arahan dalam dasar Pembatalan dan Bayaran Balik Ace Pass.